Sunday, June 14, 2009

Ramuan China Besar Kini

Pengenalan

Disebabkan penduduk di sini menjadi ramai, maka taraf penduduk di sini meningkat dengan mendadak sejak akhir2 ini. Kampung ini pesat membangun dan banyak projek2 telah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Agama

Agama penduduk di sini majoritinya agama Islam. Masjid yang didirikan dahulu di sini tidak berubah dan cuma telah menambah sayap masjid. Kerajaan negeri melaka telah mewartakan masjid tersebut sebagai bangunan bersejarah. Maka dengan itu, masjid ini tidak boleh dirobohkan mahupun diubah suai. Namun, disebabkan oleh penduduk-penduduk di sekitarnya telah ramai, maka ramai penduduk telah membangkang hasrat ini. Pihak masjid pula telah membeli tanah di belakang masjid itu dan telah membuka jaringan WiFi tuk penduduk. Namun, pembinaan masjid tidak pun dilaksanakan lagi kerana duit masjid habis kerana membeli tanah tersebut. Penduduk mula bermesyuarat hendak membuka satu lagi masjid di hilir iaitu masjid paya lebar kerana wujudnya KPTM. Orang ramai bersetuju tetapi sampai sekarang belum ada maklum balas mengenai maklumat berkenaan.

Adat

Adat yang di pegang oleh masyrakat Ramuan China Besar kini ialah adat pepatih dan temenggung. Disebabkan kerajaan negeri telahpun menempatkan dato’ sidang iaitu wakil adat (temenggung), maka institusi adat pepatih di kampung ini tercemar. Anak-anak muda kini tidak lagi mengikut adat pepatih. Dipercayai, adat pepatih ini lupus sejak lingkungan 30-40 tahun dahulu.

Kemudahan sosial

Kemudahan sosial pada masa kini semakin banyak. Contohnya, jalan raya telah pun di tar sepenuhnya dari hilir ke hulu. Selain itu, kerajaan negeri ingin mewujudkan Scenic Road di jalan besar dan telah membuat laluan pintas ke Berisu melalui Paya Lebar. Oleh yang demikian, ramai penduduk telahpun memiliki kemudahan pengangkutan mereka tersendiri seperti motosikal, kereta, lori dan lain-lain lagi. Selain itu, pembinaan balairaya yang berfungsi sebagai tempat riadah penduduk juga telah didirikan di Paya Lebar dan di Pekan Ramuan China Besar. Akibat daripada banjir besar yang melanda pada sekitar tahun 2000-2002, maka Sungai Ramuan China Besar diperdalam dan diperbaiki alirannya. Setelah itu, tiada lagi masalah banjir di sini.

Pekerjaan

Majoriti masyarakat disini masih lagi menjadikan menoreh getah sebagai pekerjaan rutin mereka. Projek tanaman getah juga diusahakan oleh Felcra. Penduduk juga membela ternakan seperti ayam dan itik. Kebanyakan penduduk di kampung ini berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan kerana peluang pekerjaan di kampung ini sukar didapati. Kebanyakan penduduknya berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun, bagi yang telah bersara, mereka telah membuat rumah sendir di kampung ini. Dengan itu, projek-projek membina rumah baru semakin banyak dan padat.

Nama-nama Ramuan China Besar

Disebabkan Ramuan China Besar ini luas kawasanya, jadi penduduk telahpun menggelar beberapa tempat di kampung ini.

· Pekan Ramuan China Besar – Tempat di sekitar pekan

· Ramuan China Besar dalam – Antara pekan dengan Solok Paya Lebar

· Solok Paya lebar – Hilir Ramuan China Besar

· Derek Ramuan China Besar - Kawasan penduduk dijalan tanah tinggi di kawasan Ramuan china Besar

· Berang Ramuan China Besar – Seberang jalan Ramuan China Besar iaitu jalan besar yang menuju ke IKBN dari Kilang ayam Sinmah.

Pendidikan

Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri iaitu Melaka Maju 2010, kerajaan telah menetapkan Masjid Tanah sebagai bandar pendidikan. Oleh yang demikian, banyak institusi-institusi baru yang dibina seperti IKBN, KPM dan Institut XXXX(tidak ketahui) Malaysia (institut ayam dengan burung). Tadika juga mula dibuka sejak tahun 1995 dan sekolah agama juga dinaik taraf menjadi dua tingkat. Sekolah Ramuan China Besar juga telah dilengkapi dengan makmal komputer yang canggih. Setakat ini tiada lagi perancangan untuk membuat sebuah Sekolah Menengah di kawasan sekitar ini.

Perumahan

Setakat ini, tiada lagisektor swasta yang ingin memajukan perumahan di sini. Cuma, hanya penduduk kampung sahaja yang membuat rumah mereka sendiri. Tanah di kampung ini semakin sempit untuk membuat rumah. Di kiri dan kanan jalan sesak dengan rumah. Walaupun begitu, suasana kampung masih lagi dirasai.

No comments:

Post a Comment