Pengenalan
Ramuan China Besar merupakan sebuah kampung yang aman damai pada zaman dahulunya. Kampung ini terdiri daripada kalangan orang melayu. Walaupun namanya kampung Ramuan China Besar, tetapi kampung ini tidak mempunyai ramai orang cina.
Agama
Penduduk kampung ini juga dahulu juga beragama islam. Buktinya ialah pembinaan masjid pada kurun ke-18 yang dinamakan masjid Ramuan China Besar. Masjid ini dibina dalam lingkungan 1926-1928 dan asalnya berada di bukit chempedak berdekatan dengan projek PLKN. Masjid itu kini dipindahkan dan menggunakan kayu-kayan yang sama. 4 tiang di masjid itu merupakan tiang asal masjid lama. Masjid itu dibina secara bergotong-royong oleh penduduk sekitar. Modal pembinaan masjid juga disumbangkan oleh penduduk sekitar.
Adat
Adat yang dipegang oleh masyarakat kampung di Ramuan China Besar ialah adat pepatih. Sesuai dengan keadaan tempatnya yang tidak jauh dari Negeri Sembilan yang sememangnya mengamalkan adat pepatih sejak turun-temurun. Buktinya juga ialah kampung ini terdiri daripada kawasan jajahan Naning yang merupakan sebuah kawasan adat pepatih. Kawasan Naning ini telah pun dibuka oleh sekumpulan orang Naning yang telah berpindah dari negeri Sembilan untuk membuka petempatan baru di Melaka. Sesuai dengan tempatnya yang strategik, kerajaan British membuka pejabat daerah di Alor Gajah.
Kemudahan sosial
Pada zaman dahulu, rumah di kampung ini amat sedikit dan jarak antara rumah amatlah jauh. Sistem pengangkutan utama masyarakat di sini dahulunya cuma basikal. Sistem jalan dahulu cuma tanah merah dan lebarnya hanyalah lebih kurang 3 meter. Sistem pengairan disini amat bagus kerana kebanyakan penduduk dahulu membina rumah setinggi 2 meter. Cuma ada sebatang sungai sahaja yang mengairi tanaman penduduk disini iaitu Sungai Ramuan China Besar. Orang kampung menggelarnya bondar yang bermaksud sungai kecil. Sungai ini mengalir dari hulu ke hilir. Di sebabkan pekan ini berada di hulu sungai Ramuan China Besar, jadi penduduk menggelar nama pekan ini sebagai Pekan Hulu.
Pekerjaan
Kebanyakan penduduk di sini dahulunya menorah getah. Dari dahulu sehingga kini, ramai penduduknya menorah getah. Terdapat juga penduduk yang mengusahakan tanama sampingan seperti durian, binjai, rambutan, mangga dan lain-lain. Selain itu, ada kalangan penduduk menjadi nelayan dengan menangkap ikan di sungai. Penduduk kampung disini secara tradisinya membela lembu bagi tujuan untuk menjual dan sebagai persiapan untuk kenduri . Tetapi pada masa kini tradisi ini dimusnahkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah kerana lembu-lembu ini ditangkap kerana pembelanya tidak mempunyai permit membela lembu dan membiarkan lembu-lembu ini bebas sekitar kampung. Sejak penanaman kelapa sawit diperkenalkan di Malaysia, penduduk mula beralih untuk menanam kelapa sawit kerana harganya lebih mahal dan banyak pengeksport dari dalam negara memerlukannya.
Sejarah Nama Ramuan China Besar
Versi 1
Nama Ramuan China Besar ini ada ceritanya. Kru pagi ERA FM iaitu Din Beramboi dan Aznil juga menobatkan Ramuan China Besar merupakan nama kampung yang paling unik. Ceritanya bermula apabila seorang saudagar cina dari China telah mendapati 2 ekor gajahnya bernama Ramu telah hilang dari kandangnya. Orang ramai telah mencari gajah itu di pelusuk Melaka dan telah menjumpainya di kampung ini. Dan setelah itu, kampung ini telah diberi nama Ramuan China Besar kerana gajah itu bernama Ramu, pemiliknya seorang China dan gajah itu yang besar. Ramuan china kecil juga mendapat nama semasa sejarah yang sama tetapi gajahnya yang kecil. Oleh sebab kawasan itu meliputi kawasan yang amat besar, maka, daerah itu dinamakan Alor Gajah menggantikan nama Naning.
Versi 2
Ada pula ynag mengatakan sejarah nama Ramuan China Besar ni datangnya dari seorang tuakng perubatan China yang membuat ramuan ubat dalam perik yang besar. Badannya sungguh la besar. Perkara ini di kaitkan dengan sejarah Ramuan China Kechil yang mengatakan perkerjaan mereka yang sama dan badannya yang kurus dan kecil.
Namun begitu, kita tidak dapat mengetahui sejarah ini benar ataupun tidak memandangkan cerita ini mempunyai banyak versi. Catatan mengenai sejarah-sejarah dahulu kala di Ramuan China Besar juga tidak dicatat. Oleh itu kita tidak boleh menganggap cerita ini benar. Asal usul penduduk di sini juga tidak dapat diketahui.
Pendidikan
Pendidikan di tempat ini bermula sekitar akhir kurun ke-18. Penulis sempat menggunakan bangunan lama, dua tingkat, beratapkan daun pelepah dan berdindingkan kayu. Disebabkan bangunannya yang kian uzur, bumbungnya yang telah bocor kerana diperbuat dari daun, maka kerajaan telah merobohkannya pada tahun 1999. Sebagai balasan, kerajaan telah membina satu blok bangunan dua tingkat, sebuah surau dan sebuah bangunan ICT untuk menempatkan komputer.
No comments:
Post a Comment