Sunday, June 14, 2009

Rancangan Pembangunan Melaka (Melaka Maju 2010)

Pengenalan

Sejajar dengan wawasan Melaka iaitu Melaka Maju 2010, kerajaan mahu memajukan beberapa pekan yang kecil di Melaka ini kepada pekan yang besar bagi memajukan infrastruktur di pekan tersebut. Pekan-pekan ini termasuklah pekan Ramuan China Besar.

Pekan Ramuan China Besar

Untuk memajukan bahagian pekan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM38 juta untuk membeli tanah di sekitar pekan. Seramai 60 orang penduduk kampung terlibat dalam penjualan tanah di kampung ini. Hal ini bertujuan untuk meluruskan jalan di pekan yang membengkok itu. Selain itu, kerajaan juga berhasrat untuk mendirikan rumah-rumah kedai untuk penduduk kampung berniaga di kawasan berkenaan. Kerajaan juga berhasrat untuk membesarkan jalan menuju ke Masjid Tanah yang dipanggil jalan persekutuan.

Jalan Besar di Paya Lebar

Jalan besar di paya lebar itu akan dinaik taraf. Jalan ini akan dipanggil Scenic Road. Scenic Road bermaksud jalan jauh yang menghubungkan Bandar Melaka sehingga ke tampin dan ke daerah Jasin. Laluannya ialah Bandar Melaka, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Kuala Linggi, Paya Lebar, Berisu, Tampin, dan seterunya ke daerah Jasin. Penulis menggangap jalan ini bertujuan untuk kegunaan pelancong yang ingin melihat keindahan flora dan fauna di Melaka kerana jalan-jalan ini selalunya melalui ladang-ladang dan pantai.

Laluan kereta api ERL

ERL iaitu singkatan kepada Express Rail Link. ERL ialah kereta api yang paling laju di Malaysia. Tujuan ERL di wujudkan ialah bagi memudahkan penduduk ataupun pelancong untuk pergi ke lapangan terbang KLIA (Kuala Lumpur international Airport). Kerajaan Malaysia berhasrat untuk memanjangkan laluan ERL ini sehingga ke Singapura bagi meudahkan rakyat Singapura melancong ke Malaysia. Sejajar dengan itu, Paya Lebar terbabit dengan pembinaan ERL berkenaan. Kerajaan akan membina ERL di persimpangan ke Kuala Sungai Baru dan persimpangan ke IKBN. Laluan ini berdekatan dengan pencawang eletrik yang terdapat di situ. Penulis berharap agar kerajaan akan membina satu stesen ERL di situ bagi membolehkan penduduk kampung ini pergi ke Kuala Lumpur dengan cepat.

Anda Mahu Melancng ke Indonesia Menaiki Kereta?

Kerajaan Melaka dengan kerjasama kerajaan malaysia dan Indonesia akan mendirikan satu jambatan yang menghubungkan Pengkalan Balak dengan Indonesia. Dengan menggunakan Google Earth, penulis menjangkakan jarak jambatan itu hanya 48 KM dari Pengkalan Balak sehingga ke Pulau besar Sumatra itu. Akan tetapi, penulis berasa hairan kerana hal ini akan menyebabkan kapal-kapal dari Eropah sukar untuk berdagang di Singapura dan Malaysia kerana jalan itu akan menutup laluan Selat Melaka.

No comments:

Post a Comment